Meskipun rangkaian perhotelan berdepan risiko ketidaktentuan ekonomi semasa, namun ia tidak menidakkan usaha Berjaya Land untuk tampil selaku pengendali hotel terbesar di Iceland.
Anak syarikat milik Berjaya Corporation (BCorp) itu kekal optimis akan pemulihan beberapa rangkaian perhotelan, antaranya di Iceland yang mula menunjukkan peningkatan berikutan tempoh sekatan negara tersebut telah dihapuskan.
Kenyataan Jalil Rasheed, Ketua Pegawai Eksekutif BCorp pada ciapan Twitternya (24 Ogos) menyatakan pelbagai langkah pengekalan kos telah dilakukan. Setakat ini, kumpulan memiliki 14 buah hotel pada pasaran Iceland – ini membabitkan sekitar 1,471 bilik tersedia.
We own 1,471 keys across 14 hotels in Iceland under various brands. We are the largest hotel operator in Iceland.
— Jalil Rasheed (@jalilword) August 24, 2021
Untuk makluman perolehan rangkaian di bawah pengendalian Berjaya Land ini mula berlaku sejak 2019, apabila anak syarikat Berjaya Peroperty Ireland mengadakan perjanjian pembelian saham bersama Icelandair Group dengan perolehan 75% kepentingan pada rangkaian hotelnya- dengan nilai AS$53.63 juta. Namun pengambilalihan itu telah dimuktamadkan dengan nilai yang rendah, susulan situasi pandemik COVID-19.
Antaran rangkaian yang terlibat di bawah Berjaya Land adalah Icelandair Hotel, Edda, Hilton, Canopy dan Konsulat.