Mengambilkira indikator di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN), kini Labuan menjadi wilayah pertama yang mulai beralih ke fasa keempat PPN.
Manakala Negeri Sembilan pula mulai beralih ke Fasa 2 PPN. Peralihan kedua-dua negeri ini akan mula berkuat kuasa mulai 26 Ogos kelak.
Kenyataan ini telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri pada hari ini (24 Ogos).
Untuk makluman, ini perincian peralihan negeri mengikut Fasa di bawah PPN;
Fasa 4 PPN
- Labuan
Fasa 3 PPN
- Perlis
- Sarawak
Manakala Fasa 2 PPN adalah;
- Perak
- Pahang
- Kelantan
- Terengganu
- Pulau Pinang
- Sabah
- Negeri Sembilan
Fasa 1 PPN pula;
- Selangor
- Kuala Lumpur
- Johor
- Melaka
- Putrajaya