Artikel

Pekebun Kecil Kelapa Sawit, Lada Di Sarawak – Terima Peruntukan Berjumlah RM60 Juta

Bagi meringankan bebanan kos tanaman tertentu – kerajaan negeri Sarawak kini menyalurkan sejumlah RM60 juta kepada pekebun kecil kelapa sawit dan lada.

Langkah itu menampung pembelian baja bagi tanaman ladang.

Melalui agihan dana ini – ia mampu menampung kos, di samping meningkatkan kapasiti pengeluaran para pekebun kecil. Berdasarkan kenyataan, agihan dana baja ini akan dilaksanakan secara berperingkat mulai Oktober kelak.

Pelaksanaan ini akan dilakukan oleh pejabat pertanian daerah dan Pertubuhan Peladang Kawasan. Melalui agenda ini, disasarkan sekitar 58,000 pekebun kecil berkaitan akan terima manfaat dana baja tersebut.