Artikel

Lebih 900,000 Syarikat Terima Manfaat Tunai, Kitaran Modal – Melalui Pakej Rangsangan Selangor

Tindakan negeri Selangor dalam memperluaskan dana tunai kepada penduduk negeri di bawah pakej rangsangan sebelum ini – nyata memberikan hasil yang baik buat ekosistem perniagaan Selangor.

Menurut Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari melalui inisiatif Selangor Advance, ia telah membantu lebih 900,000 syarikat serta lebih 50,000 pekerja mengekalkan pekerjaan mereka – dengan penyaluran tunai dan kitaran modal pada syarikat-syarikat terlibat.

Usaha ini sekaligus membantu melandaikan risiko penyusutan pertumbuhan ekonomi negeri yang lebih mendalam.

Pada perincian yang sama, DS Amirudin turut menjelaskan kos keseluruhan yang disalurkan negeri pada pembangunan ekonomi adalah RM500 juta. Ini merangkumi pelaksanaan  pakej rangsangan seperti Selangor Kerjaya, Selangor Advance, Dana Inovasi Selangor.

Untuk makluman, agihan pakej rangsangan mula disalurkan pada 13 Julai tahun lalu diikuti Pakej Kita Selangor berjumlah RM73.8 juta pada 20 Januari 2021 dan 9 Jun 2021 pula peruntukan RM551.56 juta untuk siri kedua.