Artikel

FDA Luluskan Sepenuhnya Penggunaan Vaksin Pfizer – Akan Dipasarkan Selaku Comirnaty

Jika April lalu – firma Pfizer BioNTech telah memohon kelulusan dari FDA – Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (AS) berhubung penggunaan kecemasan vaksin tersebut terhadap individu yang berusia 12 tahun hingga 15 tahun di AS.

Kini kelulusan penuh bagi penggunaan vaksin tersebut ke atas individu berusia 16 tahun ke atas telah diberikan. 

Secara langsung menjadikan vakisn Pfizer selaku vaksin pertama yang memiliki kelulusan penuh sedemikian.

Menurut FDA, vaksin itu akan tersedia di bawah kelulusan kegunaan darurat (EUA), termasuk bagi individu berusia 12 hingga 15 tahun dan untuk pemberian dos ketiga. Ia bertindak meningkatkan keyakinan orang awam terhadap keberkesanan jaminan suntikan vaksin.

Berdasarkan laporan Reuters, vaksin tersebut akan dipasarkan pada nama Comirnaty vaksin dengan sebutan koe-mir’-na-tee. Pembentukan nama baharu ini didasari atas gabungan terma COVID-19, mRNA, komuniti dan imuniti.