Penyertaan ekonomi dalam mempergiatkan penghasilan produk berasaskan tumbuhan, bukanlah perkara baharu bagi pasaran global khususnya pada industri makanan.
Ia dilihat suatu usaha baik bagi melengkapkan rantaian bekalan dan kelestarian persekitaran. Kini, Nestlé turut mengorak langkah yang sama.
Menurut Thomas Hauser, Ketua Pembangunan Produk dan Teknologi Global Nestlé wujudnya penghasilan produk berasaskan tumbuhan, memberikan pilihan kepada pengguna untuk meningkatkan kesedaran berhubung kelestarian. Malah, dapat menikmati manfaat nutrisi yang sama.
Kenyataan pada sidang maya sambutan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Nestlé ke-40 di Singapura semalam, (23 Ogos) itu telah meneliti aliran permintaan pengguna pada tumpuan tersebut.
Nestlé melihat pasaran Asia Tenggara memiliki potensi dalam perkembangan inovasi penghasilan produk. Adanya pelancaran R&D Accelerator Singapura itu turut akan meningkatkan lagi keupayaan pengeluaran produk berasaskan pilihan, cita rasa dan keperluan pengguna.
Antara peningkatan kepakaran yang telah dihasilkan Nestlé adalah pengeluaran produk ais krim dan pes masakan berasaskan tumbuhan. Penyediaan makanan sedemikian nyatakan akan mempelbagaikan lagi pilihan pengguna pada rantaian bekalan.