Artikel

Aliran Trafik Lapangan Terbang Malaysia, Disasar Meningkat Pada Akhir 2021

Susulan jangkaan negara mencapai tahap imuniti kelompok pada Oktober kelak, situasi tersebut akan memberi gambaran baik buat operasi lapangan terbang negara.

Kenyataan ini turut disokong dengan kelonggaran yang mulai dilaksanakan kerajaan sejak 16 Ogos lalu – terhadap aktiviti ekonomi dan sosial.

Menurut Datuk Mohd Shukrie, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holdings (MAHB) penambahbaikan sasaran sedemikian merangkumi kadar vaksinasi negara yang semakin lancar ketika ini.

Peningkatan aliran ini akan diperlihatkan khususnya pada perjalanan domestik, di mana orang awam yang telah melengkapkan vaksinasi berupaya melakukan perjalanan kelak.

Tidak hanya operasi tempatan, Lapangan Terbang Antarabangsa Gokcen Istanbul, Turki juga turut memaparkan ke arah pemulihan bagi separuh pertama tahun ini. Untuk makluman, sejak April lalu telah menzahirkan optimis akan pemulihan penerbangan dan menyatakan sasaran menerima 20 destinasi tambahan di negara.

Bagaimanapun jangkaan pemulihan ini masih didasari akan situasi kesihatan semasa dan arahan semasa kerajaan Malaysia.

Setakat 23 Ogos, 17,672 kes positif COVID-19 telah dicatatkan – angka tersebut semakin menunjukkan penurunan berbanding data harian sebelum ini.