Artikel

Pembekalan Vaksin Cetus Peningkatan Prestasi Kewangan Pharmaniaga – CGS-CIMB

Penglibatan Pharmaniaga pada kontrak pembekalan 12 juta dos vaksin COVID-19 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini – nyata memberikan hasil yang baik pada prestasi kewangannya.

Ini kerana, suku kedua memperlihatkan peningkatan keuntungan bersih kepada RM13.7 juta, berbanding  RM9.98 juta pada suku kedua 2020. Peningkatkan juga berlaku pada pendapatan entiti kepaa RM1.2 bilion.

Nota firma CGS-CIMB melihat pasaran vaksin syarikat akan terus memacu prestasi kewangan Pharmaniaga. Untuk makluman, selain pembekalan syarikat kepada KKM, Pharmaniaga akan mula mengedarkan dos vaksin kepada kerajaan negeri dan sektor swasta.

Disasarkan pembekalan tersebut akan jana margin yang lebih tinggi berbanding pembekalan kepada KKM.

Malah, permintaan pembekalan juga turut disasarkan meningkat – apabila vaksinasi ke atas kanak-kanak serta keperluan dos ketiga mula diterapkan.

Keseimbangan syarikat dalam pembotolan dan pembekalan vaksin untuk jangka masa yang panjang – menjadikan sasaran pendapatan akan terus stabil.

Setakat Februari lalu, sekitar RM3 juta telah disalurkan bagi meningkatkan kadar kapasiti vaksin – Pharmaniaga memaklumkan bersedia untuk meningkatkan pelaburan sekiranya terdapat permintaan pada pembekalan vaksin tersebut.