Artikel

Kiplepay Lancar Kad Prabayar Visa – Perkasa Akses Nirtunai Dalam Kalangan Pelajar, Perniagaan

Kaedah nirtunai (tanpa tunai) bukan lagi suatu alternatif pembayaran yang asing dalam kalangan pengguna Malaysia. Ini dapat diperlihat daripada tinjauan Visa pada kajiselidik sikap pembayaran pengguna – yang memperlihatkan sekitar 65% pengguna negara telah mengamalkan nirtunai pada transaksi tempatan.

Bagi memperkasakan usaha tersebut, Kiplepay kini melancarkan Kad Prabayar Visa untuk memacu penggunaan nirtunai di Malaysia.

Usahasama anak syarikat milik Green Packet Berhad bersama Visa ini telah mula dibangunkan sejak tahun lalu. Untuk makluman kad prabayar ini menyediakan akses segera buat pengguna di lebih daripada 70 juta lokasi perniagaan di seluruh dunia dan dapat digunakan pada;

  • Kedai runcit
  • Kedai atas talian
  • Aplikasi mudah alih dompet digital
  • Pembayaran di stesen minyak
  • Pengeluaran tunai turut boleh dilakukan di mana-mana cawangan mesin ATM

Para pelajar juga berpeluang memiliki kad yang terpaut dengan kad pelajar KipleUNI mereka melalui dompet digital Kiple, yang membolehkan mereka menikmati lebih banyak ganjaran seperti pulangan tunai dan diskaun daripada peniaga. 

Ia secara tidak langsung mewujudkan kemudahan dalam penggunaan satu kad sahaja. Sebagai dedikasi, Kad Prabayar Kiple Visa akan diberikan secara percuma kepada 5,000 pelajar terawal, berserta bonus pendaftaran bernilai sebanyak RM5. 

Malah selain pelajar – peniaga juga kini menerima tawaran penyelesaiaan khidmat WaaS serta kad prabayar. Di mana perniagaan berpeluang mencipta platform e-pembayaran mereka tersendiri dengan kelebihan tambahan akses Kad Prabayar Visa Kiple kepada 70 juta rangkaian perniagaan di pasaran secara meluas.

Langkah sedemikian akan membuka peluang pendedahan kepada semua perniagaan untuk pilihan kemudahan pembayaran digital.