Penerapan sistem meter pintar Tenaga Nasional Berhad (TNB) ini telah mula lakukan sejak tahun lalu secara berperingkat. Setakat akhir Jun lalu, sekitar 1.22 juta pengguna telah mulai memiliki dan ini meliputi kawasan Lembah Klang serta Melaka.
Menyedari kepentingan dan kemudahan sistem tersebut, TNB kini menjangkakan terdapat lebih 600,000 pengguna tambahan akan menerima manfaat yang sama – menjelang akhir 2021 ini.
Sasaran itu meliputi penyambungan semula projek pemasangan meter pintar yang sebelum ini mengalami penangguhan disebabkan sekatan fasa di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menurut Ir Mohamed Ghous Ahmad, Pengarah Pelan Advanced Metering Infrastucture TNB – melalui penyambungan tugasan ini, ia akan meningkatkan kepada lebih 1.8 juta pengguna meter pintar pada penghujing 2021.
Penyambungan tugasan ini telah mula dilaksanakan pada 1 Ogos lalu, di bawah kebenaran Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA).
Adanya penggunaan meter pintar ini, pengguna berupaya memantau dan mengawal penggunaan elektrik menerusi portal serta aplikasi myTNB. Tidak hanya itu, sistem tersebut turut menawarkan pelbagai kelebihan untuk pengguna dari semasa ke semasa.