Artikel

Sektor Swasta Akan Diperkasa, Pacu Pertumbuhan Ekonomi Malaysia – PM Ismail Sabri

Pada sidang sulung Perdana Menteri Malaysia Ke-9 hari ini (22 Ogos) YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan beberapa usaha pemulihan negara.

Seiring dengan pendekatan Keluarga Malaysia, antaranya usaha utama adalah meningkatkan fasa vaksinasi negara dengan pembelian tambahan 6 juta dos vaksin akan diterima seawal September buat rakyat Malaysia.

Selain itu, pentadbiran negara akan memberi tumpuan kepada dua aspek penting pada pemulihan ekonomi negara iaitu kembalikan kesejahteraan rakyat dan mengangkat semula sektor swasta selaku pemacu pertumbuhan negara.

Tindakan ini akan memberi tumpuan kepada beberapa perkara;

  • Fokus kehilangan pekerjaan, PKS dan sektor perindustrian – ekonomi jangka panjang
  • Tiada mana-mana rakyat Malaysia akan terpinggir
  • Kembalikan daya saing Malaysia selaku destinasi pelaburan akan dipergiatkan
  • Suara anak muda akan diperkasakan untuk membantu ekonomi Malaysia
  • Mengangkat Prinsip Kebersamaan

Perdana Menteri juga turut menawarkan kerjasama kepada Kepimpinan Pembangkang pada penyertaan menganggotai Majlis Pemulihan Negara, Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.