Artikel

Istana Negara: Dato’ Sri Ismail Sabri Kini Rasmi Selaku Perdana Menteri Malaysia Ke-9

Hari ini (21 Ogos), YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah selesai mengangkat sumpah jawatan selaku Perdana Menteri Malaysia Ke-9 negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu telah berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini kira-kira jam 2.30 petang sebentar tadi.

Keputusan menyeluruh memilih DS Ismail Sabri selaku pemimpin baharu negara ini didasari dengan 114 sokongan diterimanya dari Ahli Dewan Rakyat. Perkenan YDP Agong pada lantikan ini juga selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Maka, melalui pelantikan DS Ismail Sabri ini adalah mengantikan kedudukan mantan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mengumumkan perletakan jawatannya selaku Perdana Malaysia ke-8 pada 14 Ogos lalu.