Artikel

Perjalanan Melebihi 10KM Kini Dibenarkan, Bagi Individu Di Negeri Fasa 1 PPN – MKN

Jika sebelum ini, individu yang berada di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) hanya terhad kepada perjalanan sejauh 10 kilometer sahaja. Namun sekatan tersebut kini dibubarkan. Itu membawa erti had 10 kilometer bukan lagi sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP).

Kenyataan ini telah diperincikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 20 Ogos. Perincian ini didasari beberapa aspek meliputi kadar vaksinasi penduduk negeri.

Selain itu, had kapasiti dalam kenderaan Fasa 1 juga kini diberi kelonggaran kepada kumpulan yang telah melengkapkan vaksinasi mereka. Kapasiti tersebut berdasarkan muatan kenderaan. Manakala bagi individu yang belum melengkapkan vaksinasi sekadar 3 orang untuk keperluan kesihatan dan 2 orang untuk keperluan harian.

Meskipun kelonggaran aktiviti ekonomi dan riadah kini diberi, orang awam khususnya yang berada di Fasa 1, masih lagi tidak dibenarkan melakukan perjalanan rentas daerah mahupun negeri.

Peringatan untuk orang awam – meskipun anda telah menerima suntikan vaksin, namun bagi penerima vaksin jenis Pfizer, Astrazeneca dan Sinovac hanya boleh hadir selepas 14 hari dari tarikh suntikan dos kedua manakala penerima vaksin jenis Johnson & Johnson dan Cansino pula adalah selepas hari ke-28. Setelah melepasi syarat ini, orang awam yang layak dibenarkan untuk melakukan pergerakan ke mana-mana premis perniagaan berkaitan.

Ini senarai negeri dan wilayah Fasa 1 PPN;

  • Selangor
  • W.P Kuala Lumpur
  • Johor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Kedah
  • W.P Putrajaya