Artikel

MR DIY Jangka Capai Lebih 100 Juta Transaksi Bagi Tahun 2021

Pasaran runcit negara yang luas beri kelebihan buat MR DIY untuk terus melakarkan kejayaan pada potensi aliran pertumbuhan syarikat.

Platform penyedia barangan kediaman ini, menyasarkan mampu memperolehi lebih daripada 100 juta transaksi bagi tahun 2021. Jangkaan tersebut seiringĀ  dengan pencapaian transaksi bulanan yang direkodkan oleh syarikat ketika ini.

Data transaksi bulanan telah mencecah sekitar 10 juta.

Tidak hanya itu, MR DIY turut merancang memperluaskan cawangannya di seluruh Malaysia. Setakat ini, entiti tersebut telah memiliki 800 cawangan di seluruh negara yang memenuhi hampir 33 juta populasi penduduk.

Suku kedua yang berakhir 30 Jun lalu – telah memperlihatkan lonjakan data untung bersih MR DIY kepada RM82.13 juta. Situasi semasa nyata mengubah tingkahlaku pengguna untuk memenuhi keperluan kediaman mereka.

Ini membantu meningkatkan aliran perbelanjaan kalangan pengguna MR DIY.