Artikel

Tesco Sasar Pengurangan 22 Juta Jualan Beg Plastik – Melalui Penghasilan Beg Berasaskan Sisa Plastik

Pembuangan sisa plastik sememangnya suatu isu yang sering menghantui sektor perkhidmatan, khususnya bahagian pembungkusan barangan. Memahami tuntutan lestari, Tesco kini memperkenalkan beg barangan yang berasaskan sisa plastik kepada pengguna mereka.

Tesco menjangkakan melalui usaha tersebut, ia berupaya mengurangkan jualan beg plastik pakai-buang pada pasaran sekitar 22 juta setiap tahun.

Untuk makluman, penghasilan beg barangan ini diperbuat dengan jumlah 150 tan sisa plastik dan 20% daripada sisa tersebut disumbangkan daripada operasi Tesco.

Berdasarkan laporan, penyediaan beg barangan ini akan tersedia di seluruh 600 gedungnya di Hungary, Slovakia dan Republik Czech.

Pemilihan pasaran Eropah Timur ini berikutan penggunaan beg plastik paki-buang yang terlalu tinggi – menjadikan permulaan agenda lestari perlu dibentuk pada pasaran tersebut.

Usaha Tesco ini telah berlangsung sejak tahun lalu, apabila berjaya mengurangkan penggunaan plastik sekitar 3,480 tan dan melanjutkan usaha tersebut pada alternatif berbeza.