Artikel

SAMENTA Usul Buka Ekonomi, Mengikut Kadar 80% Vaksinasi Lengkap Di Setiap Negeri

Ketika ini, negara mulai membenarkan beberapa sektor ekonomi dan sosial dibuka semula bagi negeri Fasa 1 dan seterusnya di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Melihat momentum itu, Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana (SAMENTA) melihat ia adalah langkah yang baik untuk semua pengendali perniagaan, mengatur kembali operasi premis mereka.

Bagaimanapun, pembukaan semula ini menuntut semua pengusaha meningkatkan tahap SOP dan memantau kemasukan pengguna berdasarkan sijil vaksinasi digital. Perkara ini menjadikan sebahagian pengendali premis tidak memiliki keyakinan untuk menerima kemasukan pengguna.

Meskipun kebenaran aktiviti makan di restoran telah dibenarkan, pengendali memiliki hak untuk tidak mengizinkan kemasukan pengguna.

Selain itu, SAMENTA turut mengusulkan agar kebenaran operasi semua sektor ekonomi dinilai berdasarkan kadar vaksinasi lengkap mengikut negeri, dan bukan menggunakan pendekatan Fasa PPN.

Ini kerana setiap Fasa PPN memiliki senarai negeri yang berbeza dan kadar vaksinasi lengkap juga berbeza, meskipun penduduk negeri tersebut berada di Fasa 1 PPN tetapi terdapat kemungkinan telah mencapai imuniti berkelompok.

Melalui pendekatan ini, akan memberi penjelasan yang baik untuk semua sektor ekonomi tanpa mengelirukan mereka, khusunya bagi pengaturan SOP.