Artikel

Pengurangan Bekalan Cip Semikonduktor Global – Dijangka Jejas Pengeluaran 7.1 Juta Kenderaan

Apabila kita menyentuh soal penurunan pengeluaran kenderaan, ia tidak hanya memberi kesan kepada unit jualan kenderaan – tetapi merangkumi pelbagai aspek berkaitan komponen elektronik.

Paling utama, selain tempatan pasaran global turut menerima kesan permintaan yang sama.

Berdasarkan pengamatan IHS Markit, kekurangan cip semikonduktor global ini akan membawa kepada penyusutan antara 6.3 juta hingga 7.1 juta pengeluaran kenderaan tahun ini.

Kenyataan ini akan menganggu rantaian bekalan sehingga suku kedua tahun hadapan dan pemulihan hanya dapat dapat diperlihat pada separuh kedua 2022.

Lebih menyukarkan situasi, ramalan firma penyelidikan tersebut tidak termasuk dengan perancangan Toyota Motor Corp, yang ingin menghentikan seketika 14 operasi kilangnya mulai September kelak dan mengurangkan pengeluaran sekitar 40%.

Tindakan itu tidak akan menguntungkan industri automotif, khususnya pada pasaran Asia Tenggara – yang kini berdepan ketirisan dalam pemulihan ekonomi.

Malaysia, bermula minggu ini telah mula dibenarkan beroperasi bagi industri automotif. Meskipun tidak semula pengilang berdepan penutupan operasi, situasi ini kekal memberi kekurangan pada negara.

Pengecilan kapasiti operasi global ini akan membawa kepada kekurangan bekalan komponen-komponen elektrik. Maka, pengeluaran negara secara tidak langsung turut alami kesan yang sama. Bagi jangkaan awal, suku ketiga tahun ini akan memperlihatkan kesan ke atas 2.1 juta kenderaan disebabkan krisis tersebut.