Semua pihak jelas akan situasi kesihatan semasa, yang masih memaparkan angka kes harian di paras lebihi 20,000 positif.
Namun memahami kerugian yang dialami negara pada sektor ekonomi, memerlukan keutamaan pada pembukaan operasi premis perniagaan. Tindakan itu, tidak hanya meningkatkan semula pertumbuhan bahkan, merancakkan kembali aliran perbelanjaan negara.
Maka, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham, pada ciapan Twitter rasminya – memberi peringatan kepada semua pihak untuk kekal patuhi garis panduan SOP, meskipun pembukaan ekonomi telah diberi kelonggaran.
A reminder to all, many places are opening because of economy & not because it is safe. Please keep that in mind; please wear a mask, double masks if possible, practice physical distancing & frequent hand washing. Avoid crowded & confined spaces. Stay safe & get vaccinated asap.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 19, 2021
Setiap orang awam diingatkan untuk sentiasa memakai pelitup muka, sekiranya perlu 2 lapisan pelitup muka wajar dipakai, sentiasa membersihkan tangan, jaga penjarakan fizikal dan elak dari berkumpul tempat awam yang sesak.
Pembukaan ekonomi ini untuk memulihkan semula aliran negara, ia tidak membawa erti persekitaran ketika ini dalam keadaan selamat. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan dan tanggungjawab yang baik untuk membantu pihak berkuasa, petugas barisan hadapan depani pandemik COVID-19 ini.
Diharapkan, hanya orang awam yang telah menerima vaksinasi lengkap sahaja melakukan pergerakan – sementara individu yang masih belum melengkapkan vaksinasi mereka haruslah patuhi arahan kesihatan semasa. Langkah ini akan membantu negara mengimbangi semula aliran ekonomi dan sosial Malaysia.