Berdasarkan penilaian dan indikator di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Pemangku Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kini memaklumkan kebenaran aktiviti makan di restoran bagi negeri-negeri di kawasan Fasa Pertama dibenarkan. Namun begitu, pengguna perlu menepati syarat lengkap menerima vaksinasi dengan WAJIB memaparkan sijil digital vaksinasi di setiap premis makanan.
Perihal ini akan dipantau oleh pengurusan restoran yang beroperasi di seluruh negara.
Menerusi kebenaran ini, ia secara tidak langsung membantu warga peniaga untuk kembali menjana perolehan dan menerima pengunjung di premis mereka. Penerapan SOP yang ketat perlulah diaturkan oleh pengurusan, bagi mengelakkan dari berlakunya penularan pandemik atau kluster baharu.
Selain itu, aktiviti riadah turut dibenarkan bagi kawasan Fasa 1 – namun diberi peringatan untuk tidak melakukan sebarang sentuhan fizikal dan aktiviti senaman berkumpulan.
Antara aktiviti lain juga turut dibenarkan adalah Pasar Malam dan Pasar Mingguan – dan pihak berkaitan perlu memantau dan pengguna WAJIB menunjukkan sijil digital vaksinasi yang telah diterima.
Perincian lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.