Artikel

MDEC-LinkedIn Atur Kerjasama Perluas Kemahiran Digital, Pada Ekosistem Pekerjaan Negara

Landskap pekerjaan kini memaparkan perbezaan dari segi keperluan kemahiran tugasan, dan pemahaman berhubung penggunaan digitalisasi.

Dua aspek tersebut menjadi pemangkin kepada kerjasama MDEC-LinkedIn pada arena pembangunan pekerjaan Malaysia ketika ini.

Untuk makluman, kini Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi utama  digital negara telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama LinkedIn untuk meningkatkan penglibatan digital dalam perniagaan dan membangunkan bakat digital tempatan.

Kesepakatan ini telah dicapai sejak 22 Julai lalu – di mana usaha tersebut akan membentuk kualiti pekerja dan syarikat negara, untuk terus kekal relevan berdasarkan permintaan pasaran buruh.

Antara tindakan lanjut yang akan diperkasakan adalah menyediakan perbincangan webinar bagi penambahbaikan halaman LinkedIn syarikat, menawarkan kursus digital Let’s Learn Digital 2021 kepada rakyat negara, Rock Your Profile kepada pensyarah dan penuntut di Institut Teknologi Digital Premier serta membina halaman korporat untuk warga perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Adanya gabungan dua ekosistem utama pada landskap pekerjaan negara, iaitu digital dan profil kerjaya – ini akan membawa peluang yang lebih tinggi untuk penerokaan pasaran. Khususnya perluasan perniagaan dalam bidang tertentu.