Tenaga Nasional Berhad (TNB) bermula 1 Ogos sehingga 15 September, kini menawarkan insentif khas sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-64 – bagi menggalakkan pengguna perdagangan menerangi bangunan dan kawasan persekitaran mereka dengan kemeriahan lampu hiasan.
Insentif ini diberikan kepada semua pengguna perdagangan di bawah tarif B, C1 dan C2 yang telah beroperasi sekurang-kurangnya setahun, untuk tempoh dua bulan iaitu Ogos dan September 2019.
Ia melibatkan bangunan pencakar langit, bangunan pejabat, kompleks komersial, kompleks membeli-belah, hotel serta stesen minyak.
Kadar insentif adalah 20.8 sen/kWj (kadar tarif Neon & Floodlight) bagi jumlah peningkatan penggunaan tenaga elektrik yang melebihi purata kegunaan tiga bulan yang diambil dari bulan Mei, Jun dan Julai 2021.
Para pengguna yang layak boleh mendapatkan borang permohonan di semua Kedai Tenaga yang berhampiran atau melalui myTNB Self Service Portal, www.mytnb.com.my.