Artikel

77% Responden Akui Penerapan BDR, Cetus Keperluan Sedia Ruang Pejabat Di Rumah

Pandemik COVID-19 tidak hanya mengubah tingkahlaku pengguna dari segi pengurusan kewangan, penjagaan kesihatan – bahkan turut merangkumi persediaan dari aspek keselesaan untuk bekerja.

Tinjauan PropertyGuru pada Kajian Sentimen Pengguna bagi separuh kedua 2021 mendapati, tindakan sedemikian diakui oleh 77% responden. Di mana menganggap kepentingan penyediaan ruang tambahan untuk dijadikan sebagai ruang bekerja atau pejabat perlu disediakan.

Menurut Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez – lanjutan fasa sekatan yang berterusan memberi kesan kepada para pengguna, khususnya mereka yang berkerja jarak jauh untuk menyediakan ruang peribadi.

Ternyata konsep bekerja dari rumah (BDR) telah mendorong persepsi pengguna untuk tambahan ruang hartanah baharu pada kediaman mereka.

Tidak hanya aspek itu, kemahuan untuk memiliki atau berpindah ke kediaman baharu bagi memenuhi keperluan semasa juga memaparkan peningkatan dalam kalangan pengguna. Antara kumpulan pengguna yang menzahirkan langkah tersebut, penyewa (74%), individu yang tinggal bersama ibu bapa (63%) dan individu berpendapatan rendah (50%).

Meskipun, data dapatan memperlihatkan sentimen rakyat negara pada hartanaha merosot 3 mata kepada 32 bagi separuh kedua 2021 – namun keinginan pemilikan rumah dan pembelian hartanah masih tinggi di Malaysia untuk masa hadapan.

Aspek merosot itu didorong akan halangan memperolehi pinjaman perumahan, di mana pengguna memiliki pendapatan yang tidak stabil serta ketidakupayaan membayar wang pendahuluan.

Beberapa dapatan yang dilampirkan pada tinjauan;

  • 56% Rakyat Malaysia tidak pasti akan harga hartanah
  • 46% Rakyat Malaysia berdepan kelewatan dalam urusniaga hartanah
  • 46% Rakyat Malaysia sukar perolehi pinjaman perumahan bagi suku kedua 2021
  • Hanya 16% Rakyat Malaysia berasa Kempen Pemilikan Rumah (HOC) sekadar memadai
  • 26% Rakyat Malaysia ingin ruang peribadi
  • 43% Rakyat Malaysia ingin beli perumahan untuk tujuan pelaburan
  • 27% menggunakan kelebihan kadar faedah yang rendah pada pembelian rumah
  • 84% ingin diskaun dan pulangan tunai pada skim hartanah
  • 66% ingin pakej dan skim pembelian
  • 38% ingin baucar dan hadiah