Artikel

Peralihan Delivereat Pada Nilai AS$9.8 Juta – Perkukuhkan Khidmat Penghantaran AirAsia Teleport

Pengendalian khidmat penghantaran AirAsia Teleport kini dilaporkan memeterai perjanjian bagi perolehan 100% kepentingan ekuiti plaform penghantaran makanan tempatan, Delivereat pada nilai RM41.5 juta (AS$9.8 juta).

Tindakan itu bertujuan memperkukuhkan perkhidmatan rangkaian penghantarannya.

Delivereat adalah startup tempatan yang menawarkan khidmat penghantaran makanan di Pulau Pinang dan Lembah Klang, sejak tahun 2012. Ia memiliki lebih 4,000 peniaga dan 1,000 penjaja (Penang) pada penyertaan platform. Ini merangkumi pelbagai kategori khidmat penghantaran makanan tersedia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Teleport Pete Chareonwongsak, peralihan itu dicapai menerusi agihan tunai dan saham syarikat. Usaha ini akan membantu Teleport untuk meningkatkan ekosistem logistik bersama Delivereat.

Untuk makluman, menerusi perjanjian ini secara tidak langsung telah menetapkan kedudukan nilai Teleport pada angka AS$300 juta dan menyambut baik penyertaan pelabur Gobi Partners selaku rakan strategik bagi jangka masa panjang.

Berdasarkan kenyataan perkembangan ekosistem ini, peralihan tersebut dijangka dicapai pada akhir suku ketiga 2021 dan akan disegerakan khidmat tersebut pada bandar-bandar utama di Malaysia dan seterusnya di seluruh ASEAN.