Artikel

Jangkaan Perkembangan 5.5% Platform E-Dagang 2021, Cetus Pengukuhan Khidmat DHL

Permintaan pada arena e-dagang serantau jelas memperlihatkan peningkatan yang ketara. Perkara ini secara langsung memberi kelebihan kepada penyedia perkhidmatan penghantaran dan logistik, untuk meningkatkan pertumbuhan mereka. Antara yang terlibat adalah DHL Global.

Entiti ini menjangkakan pertumbuhan syarikat akan terus kukuh pada pasaran Asia Tenggara, berikutan sasaran perkembangan platform e-dagang akan berlaku sehingga 5.5% pada tahun ini, 2021 dan 70% pertumbuhan menjelang 2027 kelak. Berdasarkan pemerhatian terdapat 6 negara yang memiliki persaingan pada peningkatan sektor perdagangan;

  • Malaysia
  • Singapura
  • Indonesia
  • Brunei
  • Filipina
  • Vietnam

Selain kepesatan e-dagang, peningkatan penyelesaian logistik dan pengawalseliaan khidmat juga akan terus berkembang. Ini akan merancakkan lagi persaingan dalam kalangan khidmat logistik pengangkutan jalan raya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kelvin Leung, sokongan berterusan daripada kerjasama ekonomi negara ASEAN, turut membantu segmen penghantaran DHL menjadi lebih teratur.

Sokongan sedemikian akan membantu perluaskan khidmat kelestarian yagn sedang diperkasakan DHL, dengan muatan trak penghantaran. Signifikasi penggunaan pengangkutan jalan raya ini dilihat lebih cekap, berupaya mengurangkan tekanan karbon dan dilengkapi dengan ciri teknologi keselamatan lebih baik.

Usaha itu, akan membantu DHL – mengetengahkan langkah kelestarian entiti kepada pengguna di seluruh negara.