Artikel

Krispy Kreme Sasar Perolehan Lebih Tinggi – Pada Segmen Jualan Atas Talian, Pandu-Lalu

Krispy Kreme Inc kini menjangkakan pendapatan tahunan akan menjadi lebih tinggi, menerusi sokongan jualan atas talian dan khidmat pandu-lalu.

Sasaran tersebut berikutan peningkatan keuntungan bersih pada suku kedua entiti berjaya dicatatkan. Ia melepasi anggaran awal dengan rekod AS$349.2 juta, melonjak 42.6%.

Berdasarkan laporan Reuters itu, meskipun masih optimis akan perolehan semasa – terdapat perancangan untuk kenaikan harga pada September kelak. Tindakan itu dimaklumkan untuk mengimbangi kos tanggungan pekerja dan komoditi yang lebih tinggi. Bagaimanapun, kenyataan itu tidak diperincikan pada cawangan menyeluruh atau negara tertentu sahaja.

Berhubung perancangan kenaikan pendapatan itu, Starbucks dan McDonald’s turut melakukan tindakan yang sama – dengan meningkatkan tenaga kerja atas talian pada cawangan utama di Amerika Syarikat (AS). Ini memberi petunjuk bahawa sasaran Krispy Kreme adalah tepat berdasarkan situasi kesihatan semasa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Krispy Kreme, Mike Tattersfield – kemunculan varian pandemik COVID-19 menjadikan dua segmen perkhidmatan tersebut sebagai pilihan buat penyedia makanan seperti mereka. Ia adalah saluran perniagaan yang wajar diutamakan untuk memenuhi permintaan pengguna.

Selain memberi tumpuan kepada segmen pandu-lalu dan jualan atas talian, Krispy Kreme turut akan memperluaskan menu donut mereka kepada pengguna. Langkah ini dapat meningkatkan permintaan pengguna untuk mempelbagaikan citarasa mereka.