Artikel

Peningkatan Harga Minyak Sawit Mentah Cetus Kesan Positif – Terhadap 500,000 Pekebun Kecil Negara

Kenaikan harga minyak sawit mentah (MSM) dilihat berupaya memberi kesan yang positif kepada pekebun kecil negara, yang merangkumi 500,000 tenaga kerja.

Melihat kebaikan tersebut – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) kini merancang melaksanakan alternatif khas untuk menangani isu kenaikan harga minyak tidak bersubsidi.

Peningkatan harga pasaran akan membawa kepada pertambahan pendapatan secara berterusan. Ia meliputi pelbagai lapisan rangkaian, tidak hanya pekebun kecil, bahkan kepada pendapatan negara.

Setakat Januari sehingga Mei 2021 ini, kenaikan harga MSM telah mencetus kepada anggaran kutipan duti eksport RM564.82 juta. Ini memaparkan kenaikan 5 kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Maka pengekalan Malaysia selaku pemain utama pada pasaran, dapat membantu sektor negara. Untuk makluman, tahun lalu subsektor sawit telah menyumbang 56.8% kepada RM48.31 bilion untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Malah sekiranya peningkatan harga pasaran sawit ini dapat terus dilakukan ini akan membawa lonjakan yang ketara pada sumbangan pertumbuhan tahun ini.