Artikel

Segmen Automotif DRB-HICOM Melonjak 52% – Bagi Separuh Pertama 2021

Meskipun mencatatkan kerugian RM217.25 juta pada suku kedua tahun ini, DRB-HICOM kekal memaparkan petunjuk positif pada segmen automotif untuk separuh pertama 2021.

Ia memaparkan lonjakan 52% kepada RM4.35 bilion berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu, sekitar RM2.87 bilion. Ia diperkasakan hasil jualan kenderaan dari pengeluar nasional Proton berserta jenama lain.

Sementara itu, bagi segmen perkhidmatan suku kedua menunjukkan penyusutan 9% kepada RM791.83 juta – ini dorong hasil penurunan yang dijana oleh Pos Malaysia.

Segmen pembangunan hartanah yang rendah turut merosot 28% bagi suku tahunan kepada RM54.91 juta dan RM124.57 juta untuk separuh pertama 2021.

Meskipun situasi semasa meningkatkan kadar kerugian, namun DRB-HICOM kekal positif akan petunjuk ekonomi, khususnya pada segmen automotif.

Ini disokong hasil pembukaan operasi bilik pameran industri automotif diseluruh negara dan lanjutan pengecualian cukai jualan kenderaan sehingga 31 Disember kelak.

Selain itu, pada kenyataan Bursa Malaysia – perolehan syarikat turut memaparkan peningkatan dengan catatan RM2.62 bilion.