Artikel

Agong Perkenan Lantik Dato’ Sri Ismail Sabri Selaku Perdana Menteri Ke-9 Malaysia

Setelah melalui beberapa ragaman, kini Dato’ Sri Ismail Sabri sah dilantik selaku Perdana Menteri Ke-9 Malaysia.

Kenyataan itu sekaligus menoktahkan persoalan seluruh rakyat negara berhubung situasi semasa politik Malaysia, yang dikira lebih parah berbanding ketidaktentuan kesihatan dan ekonomi.

Pelantikan DS Ismail Sabri ini, adalah mengantikan kedudukan mantan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mengumumkan perletakan jawatannya selaku Perdana Malaysia ke-8 pada 14 Ogos lalu – atas faktor hilang sokongan majoriti ahli parlimen.

Keputusan menyeluruh memilih DS Ismail Sabri selaku pemimpin baharu negara ini didasari dengan 114 sokongan diterimanya dari Ahli Dewan Rakyat. Perlantikan ini selari dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Maka dengan perkenan Yang Di-Pertua Agong Al-Sultan Abdullah, DS Ismail Sabri akan menerima lantikan rasmi di Istana Negara yang dijadualkan pada 21 Ogos 2021, jam 2.30 petang.