Artikel

JPJ Tawar Diskaun Sehingga 70% Pembayaran Saman – Mulai 18 Ogos Ini

Mendekati sambutan kemerdekaan tidak lama lagi, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) kini menawarkan diskaun pembayaran saman, sehingga 70% kepada orang awam.

Penawaran ini akan mula berkuat kuasa mulai 18 Ogos sehingga 16 September kelak.

Untuk makluman umum, pengurangan kadar saman tersebut, tertakluk kepada semua notis saman yang telah dikeluarkan bagi kesalahan di bawah;

  • Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333)
  • Akta Lembaga Perlesanan Kenderaan Perdagangan (Akta 334)

Ini termasuklah kes yang masih dibawah tindakan Senarai Hitam. Namun, kes yang masih dalam sebutan mahkamah serta berstatus waran tangkap atau perbicaraan dikecualikan pada penawaran diskaun ini.

Setiap pengkadaran pengurangan saman ini turut tertakluk kpada kadar semasa pada sistem mySIKAP JPJ. Untuk sebarang urusan pembayaran, orang awam boleh hadir di kaunter JPJ Negeri, UTC, kiosk atau layari portal atas talian menerusi mySIKAP.