Artikel

Elak Cukai AS, Kilang Solar Milik Syarikat China Di Malaysia, Thailand Dan Vietnam – Kini Digesa Siasatan

Syarikat pembuatan sistem solar milik China kini mula berdepan depan dengan gesaan siasatan, berhubung kilang pengeluaran mereka di Asia Tenggara.

Menurut laporan Bloomberg, gesaan itu telah dicetuskan oleh pengeluar sistem solar Amerika Syarikat (AS) yang telah mengfailkan petisyen siasatan, atas dakwaan syarikat milik China itu elak penguatkuasaan cukai dengan mewujudkan kilang pengeluaran di negara berlainan.

Tindakan itu meliputi siasatan ke atas kilang pengeluaran di Malaysia, Thailand dan Vietnam.

Bagi pengetahuan umum, syarikat China sememangnya terlibat pada pengeluaran panel solar fotovoltan, ia merangkumi pelbagai proses dan pengeluarannya dilaksanakan secara berasingan pada kilang-kilang tertentu.

Melihat pada petisyen ini, ia akan memberi kesan kepada pengagihan eksport dan produk pengeluaran ini dijangka berisiko untuk disekat oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS.