Artikel

HalMap Dorong Perluasan Produk Halal PKS, Pada Pasaran Antarabangsa – Maybank Islamic Berhad

Pengenalan inisiatif Halal Route to Market Program (HalMap) di bawah Maybank Islamic Berhad, nyata akan membantu warga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara dalam memperkasakan pasaran produk halal mereka.

Perkembangan pemasaran ini, meliputi rantau antarabangsa.

Berdasarkan kenyataan, program tersebut akan melaksanakan pemilihan 10 warga PKS untuk memasuki pasaran makanan halal di Singapura pada suku keempat tahun ini.

Terdapat pelbagai manfaat akan tersedia – merangkumi aturan pengedaran, perkhidmatan konsultan serta penerapan latihan kepada para peniaga, untuk lebih memahami aliran pemasaran dalam FMCG – Fast Moving Consumer Goods.

Menerusi pemilihan tersebut, disasarkan sekitar 50 produk pemasaran akan dipromosikan pada pasaran runcit Singapura, di bawah HAO Mart.

Langkah tersebut tidak hanya membuka ruang industri halal, tetapi akan turut membuka peluang kepada PKS tempatan untuk meneroka dinamik pasaran luar negara. Di samping dapat meningkatkan kualiti pengeluaran produk berdasarkan kriteria pasaran semasa.