Berhubung keperluan dos ketiga, syarikat farmaseutikal Pfizer-BioNTech kini akan menyerahkan data ujian awal dos tersebut kepada pihak pengawalseliaan Amerika Syarikat (AS) – bagi kelulusan penggunaan dos vaksin COVID-19.
Ujian klinikal peringkat awal itu dilaporkan memiliki perlindungan lebih tinggi berbanding penggunaan 2 dos ketika ini, khususnya terhadap jangkitan varian Beta dan Delta.
Pfizer menyatakan keberkesanan vaksin telah menurun 96% kepada 84%, maka keperluan dos tiga wajar dipertimbangkan.
Bagaimanapun, WHO – Pertubuhan Kesihatan Sedunia, menzahirkan kekesalan mereka terhadap tindakan Pfizer, dan meminta suntikan dos ketiga itu ditangguhkan sekurang-kurangnya sehingga September kelak.
Situasi ini akan memberi kepincangan kepada agihan pembekalan vaksin bagi negara pertengahan dan berpendapatan rendah.