Selaras dengan agenda Pelan Strategik PTPTN 2021-2025, Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) kini merancang untuk memperkemaskan mekanisma sistem pembayaran pinjaman, seiring dengan penerapan digitalisasi ketika ini.
Pendekatan itu merangkumi 5 teras utama pada pelan strategik tersebut. Di mana sistem pembayaran adalah teras ke tiga, yang akan diberi tumpuan pada peningkatan pengurusan kaedah pembayaran semula. Usaha ini dapat meningkatkan ekosistem modal insan yang lebih efektif kepada para peminjam, tanpa membebankan mereka.
Sementara 4 teras lain yang digariskan adalah memperkasakan pengurusan pinjaman pendidikan, melaksanakan strategi pembiayaan, pelaburan yang membawa pulangan optimum dan meningkatkan produktiviti organisasi.
Untuk makluman perancangan 5 tahun ini akan melibatkan pelbagai perubahan dari aspek penyertaan teknologi, ekosisyem ekonomi, tenaga kerja dan keperluan sumber daya pada aturan organisasi.
Langkah ini akan membantu ekosistem pinjaman pendidikan negara lebih fleksibel dan lestari.
Berdasarkan perkongsian, PTPTN pada setiap tahun memberi pinjaman kepada 150,000-180,000 peminjam dengn nilai jumlah pinjaman sekitar RM3 bilion-RM3.5 bilion.