Artikel

Dinamik Politik Dorong Penyusutan Ringgit – Pada Paras Terendah Bagi Tempoh 1 Tahun

Susulan dinamik politik negara yang tidak menentu ketika ini, paras Ringgit Malaysia hari ini menyusut, pada paras terendah bagi tempoh setahun.

Pada pagi ini, ia dibuka di paras 4.241 (0.07%) berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Sementara dagangan Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar AS ia dipengaruhi susulan sentimen lemah pelabur, yang masih menanti perkembangan politik semasa pada hari ini (16 Ogos).

Pemerhatian itu turut dinilai Kenanga Research, apabila menjangkakan Ringgit akan diniagakan pada julat antara RM4.23-RM4.25 minggu ini.

Momentum penyusutan ini telahpun berlaku sejak minggu lalu, apabila Bank Negara Malaysia (BNM), memaklumkan nilai Ringgit menurun sekitar 1.7% berbanding dolar AS sejak 1 Julai hingga 9 Ogos.

Aliran ini dijangka akan terus memperlihatkan Ringgit terus terdedah kepada petunjuk risiko, tempoh volatiliti.