Penyertaan pasaran pada perdagangan halal kini mampu dilaksanakan secara digital. Mengambil peluang itu, agenda kemudahan tersebut akan disokong oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) pada acara Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) yang akan berlangsung menjelang 9 September-31 Disember kelak.
Terdapat 12 tumpuan akan dipamerkan, antaranya pendidikan, farmaseutikal, perkhidmatan, francais, fesyen sederhana, kewangan Islam, kosmetik dan penjagaan diri, media dan rekreasi, perjalanan mesra Muslim, e-dagang dan teknologi makanan.
Menerusi pemaparan 12 segmen ini ia akan menjadi tumpuan perdagangan halal digital danĀ memperkukuhkan kedudukan negara selaku peneraju hab halal dunia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Mohd Mustafa Abdul Aziz – MIHAS akan menerajui agenda pendigitalan bagi industri halal dengan menyasarkan kemasukan pembeli, pelabur, serta rakan dagang di bawah satu acara maya.
Selain itu, pada acara yang sama akan memperlihatkan penyertaan Standard Chartered Saadiq sebahagian daripada MIHAS 2021, akan berperanan menerajui perbincangan berhubung perluasan ekonomi Islam dan membantu kelangsungan rantaian ekosistem.
Malah sesi interaksi bersama pengeskport dan pasaran antarabangsa juga akan dilaksanakan. Antara pasaran terlibat adalah Asia Selatan, Asia Barat dan Afrika Utara (MENA), Afrika Barat, Asia Tengah dan Eropah untuk meninjau peluang eksport halal yang berpotensi.