Ternyata sekitar 69% responden di Malaysia menzahirkan keutamaan mereka, untuk kekal Berkerja Dari Rumah (BDR) sehingga agihan vaksinasi COVID-19 dilakukan secara menyeluruh.
Angka itu diperlihatkan pada hasil tinjauan separuh pertama tahun 2021, Ranstad iaitu penyedia penyelesaian sumber manusia pada penyelidikan H1 2021 Workmonitar di Malaysia. Tinjauan ini tidak hanya tertumpu kepada pekerja di Malaysia, bahkan meliputi responden di Singapura, China dan Hong Kong. Ia turut merangkumi pemerhatian di 34 pasaran dengan minimum 400 responden di setiap pasaran.
Berdasarkan permintaan BDR, responden Malaysia memaparkan peratusan tertinggi – sementara Singapura (67%), China (45%) dan Hong Kong (48%).
Kenyataan itu diperakui pada bahagian keselamatan kesihatan, di mana 73% responden di Malaysia menyatakan mereka tidak selesa dan berasa tidak selamat untuk berada di tempat kerja, sehingga rakan sekerja mereka menerima vaksin COVID-19.
Peratusan bahagian itu lebih tinggi 12%, berbanding rakan kerja di Singapura 61%.
Menurut Ketua Operasi Ranstad Malaysia, pemerhatian ini tidak mengejutkan, khususnya situasi pandemik ketika ini. Menerusi pengamatan ini, para majikan perlu meningkatkan kerangka keselamatan buat pekerja. antaranya melaksanakan prosedur kesihatan yang rapi dan memberi pilihan kepada pekerja untuk kekalkan konsep BDR.
Malah dorongan terhadap pengambilan vaksin COVID-19 juga perlu diperkasakan oleh setiap majikan, usaha ini akan mempercepatkan pencapaian tahap imuniti kelompok negara dan dapat memenuhi kehendak segelintir majikan, yang memerlukan perkhidmatan pekerja secara fizikal.
Perkara itu dibuktikan, apabila terdapat 64% responden memaklumkan majikan ingin mereka hadir ke tempat bekerja. Sementara 49% responden pula akui, tugasan mereka memerlukan kehadiran di tempat kerja dan tidak boleh dilaksanakan secara jarak jauh.
Ini antara peratusan tinjauan di Malaysia yang dirumuskan:
- 69% responden ingin kekal Bekerja Dari Rumah (BDR)
- 73% responden akui berasa tidak selamat untuk berada di tempat kerja, sehingga rakan kerja perolehi vaksinasi
- 55% responden berpendapat memiliki risiko jangkitan
- 59% responden melihat tahap produktiviti mereka merundum, susulan tertekan dengan penularan semasa
- 47% responden memaklumkan majikan memberi insentif untuk mendapatkan vaksin COVID-19
- 64% responden menyatakan majikan ingin mereka hadir ke tempat kerja
- 49% responden bersetuju, tugasan mereka tidak dapat dilakukan secara BDR atau jarak jauh.