Artikel

Meskipun Berdepan Kekurangan Pekerja – Prestasi Eksport Agrikomoditi Kekal Utuh, Meningkat 65%

Meskipun daya pengeluaran negara dipengaruhi aliran ketidaktentuan kesihatan, ekonomi – namun prestasi eksport agrikomoditi Malaysia kini memaparkan peningkatan 65% kepada RM105 bilion bagi laporan suku tahunan.

Data sehingga Jun itu menunjukkan antara penyumbang terbesar adalah 43% berasaskan minyak sawit negara. Ia telah meningkat RM46 bilion berbanding tempoh 6 bulan pertama tahun 2020, sekitar RM33 bilion.

Menurut Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, prestasi sektor ini di paras membrangsangkan, dan berupaya mencapai sasaran mengeksport minyak sawit pada nilai RM75 bilion bagi tahun 2021.

Tidak hanya minyak sawit, produk berasaskan getah turut meningkat 200% kepada RM37 bilion, produk berasaskan koko meningkat 7% kepada RM3.4 bilion dan kayu meningkat 21% kepada RM12 bilion, turut mencapai lonjakan sumbangan kepada prestasi sektor untuk suku kedua 2021.

Secara tidak langsung, sekiranya permintaan ini berterusan ia akan membawa kepada pertumbuhan yang lebih tinggi pada 2021, berbanding 2020.