Artikel

Kedai Gunting Rambut Kini Dibenarkan Beroperasi – Antara 11 Segmen Ekonomi Fasa 1 PPN Terlibat, Mulai 16 Ogos

Berdasarkan permintaan dan penilaian situasi semasa, kerajaan kini membenarkan 11 segmen ekonomi berkaitan di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk kembali beroperasi, mulai 16 Ogos ini.

Berdasarkan perkongsian, ini 11 senarai operasi ekonomi yang terlibat dibenarkan beroperasi di bawah Fasa 1 PPN;

  • Kedai Gunting Rambut (perkhidmatan gunting asas sahaja)
  • Kedai Barangan Kemas
  • Kedai Pakaian, Fesyen dan Aksesori
  • Pusat Pengedaran dan Penjualan Kereta
  • Pusat Peralatan Akesori Kereta
  • Kedai Peralatan Sukan
  • Kedai Perabot
  • Pasar Pagi, Pasar Tani sahaja
  • Kedai Barangan Elektrik dan Elektronik
  • Kedai Barangan Rumah dan Peralatan Dapur
  • Kedai Cuci Kereta

Tidak hanya 11 segmen ekonomi tersebut, pembukaan tempat riadah iaitu Taman Rekreasi Awam juga turut akan dilakukan kepada orang awam yang berada dibawah fasa 1 PPN. Tindakan pembukaan itu meliputi aktiviti senaman seperti berlari serta berbasikal.

Ini pula 11 aktiviti ekonomi di bawah sektor perdagangan dan pengedaran bagi Fasa 2 PPN yang dibenarkan:

  • Kedai Perkhidmatan dan Barangan Fotografi
  • Kedai Barangan Terpakai
  • Kedai Bunga dan Nurseri
  • Kedai Kraftangan dan Cenderahati
  • Kedai Alat Permainan
  • Kedai Permaidaini
  • Kedai berkaitan Peralatan Kreatif
  • Kedai Peralatan Outdoor – Perkhemahan, Memancing
  • Kedai Kosmetik
  • Kedai Tembakau

Penilaian ini telah mengambilkira pelbagai aspek dan ia telah dijalankan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama pihak autoriti dan kepentingan industri.

Maka setiap kunjungan pengguna pada premis perniagaan terlibat perlulah memaparkan sijil digital vaksinasi kepada pengurusan premis. Tindakan itu membuktikan setiap kehadiran pengguna pada premis sedemikian adalah sahih dan menepati SOP yang ditetapkan.

Sebarang perincian lanjut akan menyusul.