Artikel

PM Muhyiddin Kemuka Rangka Persefahaman – Antaranya Salur RM10 Bilion Bantuan Tunai, Manfaat 11 Juta Penerima

Pada sidang khas Memulihkan Negara hari ini (13 Ogos) Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin telah memperincikan beberapa perkara berhubung status pentadbiran negara.

Terdapat 2 pilihan yang dimiliki PM Muhyiddin iaitu sama ada memohon perkenan YDP Agong bagi pelaksanaan pilihan raya ataupun meletakkan jawatan selaku Perdana Menteri Malaysia.

Berdasarkan Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan, Agong boleh melantik kedudukan Perdana Menteri Interim (sementara) untuk pentadbiran negara. Namun setakat ini difahamkan tiada individu memiliki sokongan penuh, untuk memenuhi kedudukan pimpinan negara.

Maka terdapat kekangan untuk ke arah itu. Oleh itu, PM Muhyiddin menegaskan, tindakan selanjutnya perlu dilakukan menerusi usul Undi Percaya pada sidang Parlimen September ini. Ia akan memperlihatkan pemilihan pentadbiran pilihan majoriti.

Ia perlu dilakukan berlandaskan semak dan imbang yang teratur pada sidang Parlimen kelak. Undi percaya hanya boleh diluluskan melalui undi bipartisan.

Maka, PM Muhyiddin mengemukakan cadangan rangka persefahaman Rentas Parti yang dikemukakan;

  • Semua ahli Parlimen terima jumlah peruntukan sama
  • MOF bersetuju penambahan siling dana COVID-19
  • Peruntukan tambahan dan pengukuhan sistem kesihatan negara akan dilakukan
  • Bantuan rakyat – RM10 bilion, bantuan tunai disalurkan kepada 11 juta penerima
  • Perniagaan, ekonomi – meningkatkan peluang pekerjaan dan pembukaan operasi
  • Sekiranya kerajaan miliki sokongan – Suatu rang undang-undang Perdana Menteri kepada 2 tahun dan rang undang-undang anti lompat parlimen akan dibentangkan
  • Seragamkan keanggotaan jawatankuasa pilihan khas parlimen ; 50% kerajaan, 50% pembangkang
  • Kerajaan bersetuju melaksana pendaftaran automatik Undi 18
  • Rang undang-undang pembekalan – setelah mendapat sokongan majoriti
  • Ketua Pembangkang akan terima saraan seperti Menteri Kanan

PM Muhyiddin pada sidang sama turut menegaskan pilihan raya umum akan dilakukan, sekurang-kurangnya pada akhir Julai 2021. Seterusnya memaklumkan perbincangan bersama pimpinan parti politik pada minggu hadapan akan dilakukan dan melaksanakan usul undi percaya pada sidang Parlimen.