Seluruh sektor ekonomi negara memiliki kesan tersendiri, apabila pentadbiran negara mulai menerapkan langkah sekatan di bawah 4 fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menerusi agenda sekatan ini, antara industri yang mengalami kerugian tertinggi adalah operasi pusat beli-belah negara.
Hasil tinjauan Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPKM) bersama Stratos Pinnacle SB hanya sekitar 10%-20% penyewa sahaja yang masih beroperasi di medium pusat beli-belah seluruh negara. Perkara ini amat membimbangkan sekiranya berterusan.
Dapatan turut dapati, data setakat Disember 2020 lalu – sekitar 60% pusat beli-belah menyaksikan penutupan operasi 10% penyewa mereka. Dan jumlah tersebut disasarkan terus meningkat menjelang akhir tahun ini, 2021 pada kitaran 30%.
Setakat ini:
- 60% Pusat Beli-Belah alami penurunan kunjungan pengguna antara 60%-90%
- Prestasi jualan Pusat Beli-Belah menyusut 60%-90% – meliputi sektor perniagaan yang dibenarkan beroperasi ketika Fasa 1 PPN
- Pusat Beli-Beli turut sukar mengekalkan aliran tunai, 32% responden tinjauan menyatakan mampu bertahan selama 3 bulan sahaja
- Sementara 14% responden Pusat Beli-Belah pula terpaksa memberhentikan pekerja, untuk kelangsungan operasi
- 80% responden Pusat Beli-Belah pula laksana pemotongan gaji sekitar 10%-20% dan menarik insentif, bonus serta faedah dari pekerja mereka
Melihat pada momentum ini, tempoh sekatan tidak hanya meningkatkan kos operasi, tanggungan dan kerugian pusat beli-belah, namun turut melemahkan kuasa beli pengguna – berikutan ketidaktentuan ekonomi semasa.