Artikel

Ini Senarai Kit Ujian Kendiri COVID-19, Yang Miliki Kelulusan Jualan Kegunaan Orang Awam – MDA

Sejak Jun lalu, pengenalan kit ujian kendiri COVID-19 telah mula diuar-uarkan negara. Pengenalan peralatan kesihatan ini akan memberi kemudahan kepada orang awam, untuk melaksanakan ujian kendiri di mana-mana sahaja.

Ia meliputi ujian kendiri air liur dan di hidung.

Hari ini (13 Ogos) Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham memaklum, senarai kit ujian kendiri COVID-19 yang diluluskan secara bersyarat dan boleh dijual untuk kegunaan orang awam telah dikemaskini oleh Medical Device Authority (MDA) KKM dengan persetujuan Jawatankuasa Pakar Kit Ujian COVID-19 negara.

Ini adalah senarai berkaitan;

Setiap saringan kit ujian kendiri ini telah didasari atas beberapa faktor seperti laporan prestasi klinikal, analisis, mengikut kriteria yang ditetapkan panel pakar serta memiliki sokongan dokumen kelulusan bersyarat pada kit ujian IVD.

Untuk makluman umum, penggunaan kid ujian kendiri bagaimanapun hanya berperanan pada peringkat saringan sahaja. Setiap hasil ujian memerlukan pengesahan lanjut dengan menggunakan RT-PCR.

Segala pembekalan kit ujian kendiri ini akan dibekaln kepada ahli farmasi berdaftar serta entiti kemudahan kesihatan swasta yang terlibat.

Pada masa yang sama, senarai ini akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Sebarang rujukan semakan boleh layari pautan MDA – Medical Device Authority: kemaskini 13 Ogos 2021.