Artikel

Pendapatan Airbnb Cecah AS$1.34 Bilion – Namun Beri Amaran, Varian Delta Berisiko Gugat Prestasi

Pelaksanaan vaksinasi dan kemunculan varian baharu, kini menjadi petunjuk selaku pemboleh-ubah kepada prestasi sesebuah syarikat – antara yang terlibat adalah platform perkhidmatan persinggahan, Airbnb.

Suku kedua entiti ini memaparkan aliran positif, apabila sekitar 83.1 juta tempahan telah dicatatkan di seluruh dunia. Ia meningkat 29% berbanding data suku pertama 2021.

Umum ketahui, Airbnb antara platform pelancongan yang terkesan disebabkan sekatan perjalanan antarabangsa, dan kawasan domestik tertentu. Berdasarkan sedikit pertumbuhan positif itu, syarikat melaporkan pendapatannya pada kitaran AS$1.34 bilion – ia meningkat hampir 300% dari tahun-ke-tahun.

Tidak hanya tempahan, perbelanjaan jualan dan pemasaran Airbnb turut meningkat pada suku kedua ini dengan peningkatan 175% dari tahun-ke-tahun, mencecah AS$315 juta. Sementara kerugian bersih pula menyusut lebih 88% kepada AS$68 juta.

Namun bagi prestasi suku ketiga, pihak masih tidak mengetahui dinamik pilihan pengguna. Kenyataan itu didorong perubahan musim dan ketidaktentuan kesihatan bagi negara-negara tertentu.