Artikel

Penyusutan Hasil Pengiklanan – Dijangka Cetus Penurunan Sehingga 33% Keuntungan Astro

Nota penyelidikan AmInvestment Bank kini menjangkakan kejatuhan keuntungan bersih pada prestasi Astro Malaysia. Sasaran itu meliputi aspek kandungan pengiklanan yang kurang membrangsangkan.

Berikutan situasi semasa pandemik telah memberi tekanan kepada beberapa entiti, menjadikan terbitan kandungan pengiklanan akan berkurangan. Penurunan keuntungan Astro itu diperlihat akan menyusut sekitar 20%-33% bagi suku kedua tahun 2022 kelak.

Tidak hanya siaran televisyen berbayar yang mengalami kesan ini. Pendapatan pengiklanan (adex) bagi siaran televisyen percuma juga turut mendepani risiko yang sama menurun 12%, begitu juga radio (40%) dan digital turun menurun (12%) pada Jun lalu.

Penyusutan ini juga turut didorong hasil kos kandungan yang tinggi pada iklan acara tertentu seperti Olimpik Tokyo 2020 dan UEFA EURO 2020, dengan anggaran kos 34%-37%.

Ini berbeza dengan kos kandungan pengiklanan, ketika segmen biasa, hanya menelan anggaran sekitar 33%-34%.

Bagaimanapun AmInvest menyarankan, Astro dapat memberi tumpuan dalam meningkatkan purata hasil setiap pengguna (ARPU), dan perbelanjaan pengguna pada sokongan segmen saluran pembelian atas talian – untuk menyeimbangkan penyusutan.