Artikel

IJM Kini Raih RM258 Juta Kontrak ECRL – Di Temerloh

Anak syarikat IJM Corporation Bhd, iaitu IJM Construction kini perolehi kontrak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bernilai RM258 juta di Temerloh Pahang dari China Communications Contruction Company (CCC)

Menerusi penglibatan IJM, ini akan memperlihatkan skop tugasan seperti pembinaan substruktur, tugasan sebahagian struktur asas jambatan Sungai Pahang, fabrikasi T-Beam, pemasangan jambatan serta lain-lain jambatan pada laluan rel di seksyen 6. Tugasan pembinaan ini dijadualkan akan bermula pada akhir Ogos ini.

Seterusnya dijangka pembinaan akan siap dalam tempoh 2 tahun daripada tarikh yang dimulakan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan IJM, Liew Hau Seng, penyertaan IJM menjadi sebahagian daripada projek penting akan terus meningkatkan pengalaman mereka. Tidak hanya itu, berbekalkan pengalaman 38 tahun pada arena penyampaian kerja-kerja sivil ini – berupaya menjadikan IJM antara penyumbang kepakaran kepada pembangunan negara bersama rakan strategik CCCC.