Artikel

Jumlah Pekerjaan Di Malaysia Menurun – Kini Di Paras 8.35 Juta Jawatan Bagi Suku Kedua 2021

Apabila berlakunya peningkatan kadar pengangguran, maka secara langsung jumlah pekerjaan di Malaysia turut akan memaparkan penurunan.

Data Statistik Guna Tenaga Suku Kedua Jabatan Perangkaan Malaysian (DOSM) hari ini (12 Ogos) memperlihatkan, negara mencatatkan penurunan 0.4% pada jumlah pekerjaan kepada 8.35 juta jawatan sahaja.

Kadar penurunan itu telah mula diperlihatkan sejak suku kedua 2020. Ini membawa erti aliran pemulihan negara pada pembangunan peluang pekerjaan masih lagi tidak stabil dan seimbang.

Sementara berdasarkan permintaan buruh mengikut aktiviti ekonomi pula, jelas menunjukkan kekosongan jawatan pada sektor pertanian (16.4%) dan sektor pembuatan (56.2%) masih lagi ketara. Ini memerlukan tindakan pendedahan yang lebih meluas kepada penyertaan tenaga kerja di Malaysia.

Seterusnya, dapatan turut dapati lebih 55% kekosongan jawatan pada sektor adalah dalam kategori separuh mahir. Untuk makluman makna separuh mahir merangkumi individu yang memiliki tahap pengetahuan, pengalaman atau latihan asas yang tidak terlalu khusus.

Sementara tenaga mahir pula merujuk kepada orang atau jawatan yang memerlukan kumpulan kemahiran khusus,  memiliki latarbelakang pendidikan tertentu dan pengalaman yang tinggi.