Artikel

Tekanan Sekatan Dorong Penurunan Prestasi Hup Seng – Bagi Separuh Pertama 2021

Jenama biskut kegemaran rakyat negara kini mulai berdepan tekanan, berikutan kawalan sekatan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN). Perkara itu diperlihatkan apabila pemerhati penyelidikan menurunkan unjuran pendapatan Hup Seng Industries sekitar 22% bagi tahun kewangan 2021 (TK2021).

Untuk makluman, data keuntungan selepas cukai (PAT) Hup Seng merekodkan RM3.6 juta bagi suku kedua 2021. Penyusutan sekitar 63.1% ini lebih tinggi berbanding data suku sebelumnya.

Secara tidak langsung menjadikan prestasi keuntungan bagi separuh pertama 2021 entiti adalah RM13.45 juta, di mana menurun 27.3% untuk data tahun-ke-tahun. Ia lebih rendah berbanding rekod daripada RM18.47 juta bagi tempoh yang sama pada tahun lalu.

Penyusutan ini mengambil kira faktor penjualan yang lebih rendah, ditambah dengan kenaikan harga bahan mentah dan pembungkusan tertentu pada separuh pertama, menekan prestasi keuntungannya.

Melihat momentum ini, tidak hanya TA Securities namun Hong Leong Investment Bank Research turut menurunkan unjuran pendapatan Hup Seng. Sekatan PPN telah mencetuskan penutupan sebilangan besar operasi di Selangor dan Kuala Lumpur.

Langkah itu secara langsung mempengaruhi kegiatan pengeluaran dan pasaran eksport produk.