Artikel

MAE Maybank, NBC Bakong – Lancar Khidmat Pemindahan Dana Antara Malaysia Dan Kemboja

Pemindahan transaksi dana antara negara kini menjadi lebih mudah apabila kerjasama diwujudkan oleh negara. Menyedari keperluan itu, Malayan Banking (Maybank) semalam (11 Ogos) bersama National Bank of Combodia (NBC), bank pusat Kemboja telah melancarkan ciri tersebut pada aplikasi perbankan masing-masing.

Ciri itu meliputi khidmat pemindahan dana masa-nyata antara Malaysia dan Kemboja.

Lebih menarik, ia melibatkan penggunaan aplikasi MAE Maybank dan dompet digital NBC Bakong. Bagaimanapun, pada fasa awal, perkhidmatan tersebut dapat dilakukan menerusi aplikasi MAE dari Malaysia ke Kemboja.

Sementara pemindahan dana dari Kemboja ke Malaysia akan dilancarkan kelak.

Untuk makluman, akses khidmat pemindahan ini membolehkan pengguna Maybank di Malaysia memindahkan dana secara terus melalui aplikasi MAE dengan hanya nombor telefon pengguna. Namun nombor tersebut perlulah berdaftar pada dompet digital NBC Bakong.

Kemudahan ini dilihat akan memberi kelebihan kepada institusi kewangan kedua-dua buah negara, dari aspek teknologi, akses, penjimatan kos serta pengiriman dana antarabangsa yang lebih cekap. Ia turut memberi manfaat kepada pekerja migran dalam melaksanakan pemindahan dana.

Pada khidmat ini, pengguna Maybank dapat memindahkan dana sehingga RM10,000 (AS$2,500) setiap hari melalui aplikasi dengan pengenaan kadar perkhidmatan minimum.