Artikel

Prestasi Aliran E-Dagang Malaysia Catat RM267.6 Bilion – Melonjak 23.3% Bagi Suku Kedua 2021

Momentum sektor perkhidmatan negara bagi suku kedua tahun ini menunjukkan peningkatan pada paras 20.5%, sementara prestasi pendapatan platform e-dagang pula melonjak 23.3%.

Secara keseluruhannya, sektor perkhidmatan mencatatkan RM404.5 bilion pada suku kedua, di mana menurun 5.6% berbanding rekod suku pertama. Pertumbuhan negatif ini disumbang pada segmen Perdagangan Borong & Runcit, Makanan & Minuman dan Penginapan sekitar -RM22.1 bilion.

Namun hasil sektor perkhidmatan kekal baik berbanding suku sebelumnya.

Selain itu, penurunan jumlah tenaga kerja turut dialami sektor perkhidmatan, kini berjumlah 3.6 juta pekerja. Mengalami penurunan -1.2% bersamaan 43,119 individu tenaga kerja. Tidak hanya itu, suku kedua ini memperlihatkan bayaran gaji dan upah adalah RM23.6 bilion, lebih rendah berbanding suku pertama – menurun -2.3%.

Manakala prestasi pendapatan e-dagang pula memaparkan peningkatan pada rekod perbandingan suku tahunan. Suku kedua mengalami peningkatan 23.3% lebih rendah berbanding suku lalu, namun perolehan RM267.6 bilion diperlihat pada suku kedua, setakat Jun 2021 ini.