Artikel

Usahasama Lotus’s Malaysia, ShopeePay – Cetus Peningkatan 25% Pembayaran Nirtunai

Penggunaan kaedah pembayaran nirtunai (tanpa tunai) kini semakin meningkat di Malaysia – perkara itu diperlihatkan dalam kalangan pengguna di Lotuss Stores (Malaysia), dengan peningkatan penggunaan sekitar 25% tahun-ke-tahun.

Amalan nirtunai ini didorong hasil perluasan ekosistem pembayaran yang dilaksanakan Lotus’s Malaysia bersama ShopeePay. Penerimaan itu jelas menunjukkan tingkahlaku pengguna ketika ini semakin berbeza, menerusi pendedahan teknologi.

Situasi pandemik COVID-19 telah mengubah pemahaman mereka untuk mengelakkan sentuhan dan itu membawa kepada kadar kebergantungan terhadap dompet digital lebih tinggi.

Menurut Pengarah Eksekutif Lotus’s Malaysia, populariti ShopeePay perkongsian ini akan memberi nilai tambah dan kepercayaan kepada pengguna kedua-dua pihak dalam meningkatkan pertumbuhan.

Untuk makluman, kerjasama antara kedua entiti ini telah dicetuskan apabila Lotus’s Malaysia melancarkan kedai rasmi mereka di platform e-dagang Shopee. Kini lanjutan usahasama itu diteruskan akses nirtunai di cawangan fizikal.