Artikel

4 Startup Malaysia Kini Tersenarai Pada ‘Forbes Asia 100 To Watch’

Walaupun ketidaktentuan ekonomi memberi kesukaran kepada operasi perniagaan, namun ia tidak menafikan usaha 4 syarikat startup tempatan untuk memperluaskan empayar mereka pada industri dan tersenarai pada Forbes Asia 100 to Watch.

Untuk makluman senarai ini meliputi perniagaan dan startup Asia Pasifik yang memiliki potensi perluasan.

Empat entiti tempatan yang berjaya memasuki senarai ini adalah;

BrioHR – platform pengurusan sumber manusia berasaskan awanan, di mana menyediakan perkhidmatan secara menyeluruh dari aspek pengambil petugas sehingga sistem gaji

DoctorOnCall – platform kesihatan digital yang menawarkan perkhidmatan rundingan secara atas talian dan menghubungkan pesakit bersama pakar dan pegawai kesihatan bertauliah. Memiliki sekitar 3 juta pengguna di Malaysia

Dropee – platform sokongan yang menghubungkan pengguna dan pemborong di bawah e-dagang dan peruncitan. Penawaran khidmat memberikan PKS dapat beroperasi lebih cekap.

ihandal Energy Solutions – platform tertumpu pada kecekapan tenaga bangunan komersial dan perindustrian melalui penyelesaian kejuruteraan. Ia menawarkan penyelesaian mekanikal dan elektrikal yang dapat membantu pelanggan memaksimumkan penjimatan tenaga dan operasi mereka di kawasan

Untuk makluman penyertaan syarikat sedemikian pada senarai ini memerlukan pemain industri beberapa kriteria tertentu. Antaranya memiliki cawangan di Asia Pasifik, berusia sekurang-kurangnya satu tahun, dimiliki secara peribadi, memiliki keuntungan, dan tidak memiliki lebih dari RM85 juta (AS$20 juta) dalam pendapatan tahunan terakhir atau jumlah dana pembiayaan sehingga 1 Ogos.